Skip to playerSkip to main content
Bawa dadah dari Serdang ke Alor Gajah: Pasangan kekasih, rakan berdepan tiga pertuduhan

Seorang pemandu wanita bersama kekasih serta seorang rakan yang melarikan diri menaiki Honda City sejauh 135 kilometer dari Serdang, Selangor sebelum diberkas di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka pada minggu lalu berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, M Udaya Kumar, 44: Fairous Saad, 42 dan Mohamad Rafeq Mohd Johari, 23, didakwa atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis heroin dan methamphetamine, manakala pertuduhan ketiga adalah memasukkan dadah ke dalam badan sendiri.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778701/berita/semasa/bawa-dadah-dari-serdang-ke-alor-gajah-pasangan-kekasih-rakan-berdepan-tiga-pertuduhan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Dadah #Serdang #AlorGajah
Transcript
00:00Seorang pemandu wanita bersama kekasih serta seorang rakan yang melarikan diri sejauh 135km dari Serdang, Selangor sebelum diberkas di persimpangan
00:10lampu isyarat Sungai Petai, Alur Gajah, Melaka pada minggu lalu berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Magistrat pada Rabu.
00:17Tertuduh M. Udaya Kumar, 44 tahun, Feroz Sa'ad, 42 tahun dan Muhammad Rafiq Muhammad Johari, 23 tahun, didakwa atas
00:27dua pertuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 2.16g di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai sekitar jam 11.50 pagi
00:36pada 29 April 2026.
00:39Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 12-2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A-1
00:49Akta Sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
00:53Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman penjara tidak kurang 2 tahun dan tidak lebih 5 tahun serta sebatan tidak kurang
01:023 dan tidak lebih 9 kali.
01:03Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.65g di lokasi, tarikh dan masa yang
01:14sama.
01:14Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 12-2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12-3
01:23Akta Sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
01:27Di mahkamah, Udaya Kumar mengaku bersalah bagi kedua-dua pertuduhan tersebut di hadapan Magistrit Dr. Teo Shuyi manakala Feroz dan
01:36Muhammad Rafiq mengaku tidak bersalah.
01:38Bagi pertuduhan ketiga, kesemua tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan masing-masing.
01:45Feroz dan Muhammad Rafiq didapati mengambil dadah jenis methamphetamine manakala Udaya Kumar melibatkan dadah jenis morfin.
01:53Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 15-1-A Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang
02:02sama dibaca bersama Seksyen 38B.
02:05Sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun serta dikenakan perintah pengawasan antara 2
02:14hingga 3 tahun.
02:15Timbalan pendakwa raya Muhammad Ehsan Nasaruddin mencadangkan jaminan tinggi dikenakan mengambil kira tertuduh melarikan diri dari serdang ke alur gajah
02:24ketika tangkapan dibuat.
02:26Beliau mencadangkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan pertama dan kedua serta RM7,000 bagi pertuduhan ketiga.
02:33Bagaimanapun Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan YBGK Francis Agustin Soseh memohon jaminan rendah dengan alasan semua tertuduh mempunyai tanggungan termasuk
02:45Feroz yang menanggung 3 anak masih bersekolah manakala 2 lagi tertuduh menyara ibu bapa yang uzor dan sakit.
02:52Mahkamah kemudian menetapkan 16 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan jaminan RM9,200 bagi setiap tertuduh.
03:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended