Skip to playerSkip to main content
  • 11 minutes ago
Harga kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Minyak Sawit Mentah (FCPO) dijangka meneruskan aliran kenaikan dengan potensi mencecah paras RM4,800 satu tan, disokong aktiviti belian yang semakin kukuh dalam pasaran.
Transcript
00:00Pasaran minyak sawit mentah kekal dalam aliran positif apabila aliran kenaikan mencecah potensi paras RM4,800 satutan disokong aktiviti belian
00:11yang semakin kukuh dalam pasaran.
00:13Menurut laporan RHP Research, harga komoditi itu mencatat kenaikan pada sesi dagangan terbaru apabila ditutup lebih tinggi selepas menunjukkan pemulihan
00:22minat belian berikutan tekanan jualan sebelum ini.
00:26Sepanjang sesi dagangan, harga dibuka sedikit lemah sebelum susut ke paras terendah bagaimanapun kembali mengukuh dan mencatat paras tertinggi sebelum
00:36ditutup dengan momentum positif.
00:39Pembentukan corak kenaikan pada carta harian memberi isyarat bahawa sentimen pasaran kembali positif. Ia disokong petunjuk teknikal yang menunjukkan momentum
00:48pemulihan semakin meningkat.
00:50Bagaimanapun, prospek kenaikan harga ini bergantung kepada keupayaan pasaran untuk kekal di atas paras sokongan penting dengan sasaran seterusnya dilihat
01:00berpotensi menguji paras rintangan lebih tinggi dalam tempoh terdekat.
01:04Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended