Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Pegawai kanan tentera didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM225,000

Seorang pegawai kanan tentera berpangkat mejar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka pada Khamis terhadap lima pertuduhan mengemukakan dokumen pembekalan tidak wujud membabitkan tuntutan bernilai lebih RM225,000, dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Tertuduh, D Vivekananthan, 43, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777889/berita/semasa/pegawai-kanan-tentera-didakwa-kemuka-tuntutan-palsu-lebih-rm225000

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Tentera #Mahkamah #TuntutanPalsu
Transcript
00:00Seorang pegawai kanan tentera berpangkat meja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Session Melaka pada Kamis terhadap lima pertuduhan mengemukakan dokumen
00:09pembekalan tidak wujud memabitkan tuntutan bernilai lebih 225,000 dua tahun lalu.
00:16Tertuduh di Viva Kanantan, 43 tahun, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elizabeth Payawan.
00:25Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan pegawai pemerintah sembilan skuadran reginen askar jurutera diraja di Kam Terendak didakwa menggunakan dokumen invoice
00:35palsu bagi memperdaya prinsipel beliau iaitu Kementerian Pertahanan Malaysia.
00:41Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat skuadran berkenaan di Kam Terendak Melaka Tengah antara Mac hingga November 2024.
00:50Bagi pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh didakwa mengemukakan invoice daripada beberapa syarikat berbeza melibatkan kerja pembekalan bahan mentah bagi pelbagai
01:00projek penyelenggaraan dan pembinaan sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dilakukan.
01:05Ia termasuk pembinaan bengkel latihan berjumlah RM80,000, garaj balai penggawal sebanyak RM35,523.75, stor latihan RM20,000, bilik
01:19sejarah RM39,950 dan blok penginapan RM49,545.
01:29Kesemua pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun
01:39dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai tuntutan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
01:48Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya SPRM Sharina Farhana Nur Saari yang mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin serta
01:59syarat tambahan termasuk menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.
02:05Bagaimanapun, Peguam PT Sharmini mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya merupakan penyara tunggal keluarga, mempunyai seorang
02:15isteri dan anak berusia 6 tahun selain menanggung ibu mentua yang menghidap sakit jantung serta adik-beradik lain.
02:23Menurutnya, tertuduh yang telah berkhidmat selama 18 tahun dalam tentera juga mempunyai rekod perkhidmatan baik serta memberikan kerjasama sepanjang proseding.
02:32Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan.
02:42Mahkamah menetapkan 5 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Comments

Recommended