Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Presiden Malaysia Corruption Watch Jais Abdul Karim mencadangkan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dilakukan melalui jawatankuasa Parlimen bagi memastikan kebebasan institusi itu daripada pengaruh eksekutif. MCW turut mengemukakan tiga cadangan memperkukuh mekanisme semak dan imbang SPRM.
Transcript
00:00Seterusnya, pelantikan Ketua Pesuruh Jaya Suranjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM wajar dilakukan melalui mekanisme parlimen yang lebih terbuka dan telus.
00:10Presiden Pemahati Rasuah Malaysia MCW Jaiz Abdukharim berkata, langkah ini perlu diambil bagi mengurangkan persepsi bahawa institusi itu berada di
00:20bawah pengaruh eksekutif.
00:25Mengulas pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruh Jaya SPRM Baharu,
00:32Jaiz berpandangan sudah tiba masanya satu model pelantikan baharu diperkenalkan untuk jawatan yang disifatkan sebagai amat kritikal itu.
00:41SPRM ini mesti dilantik melalui jawatan kuasa parlimen. Sudah sampai masanya kerana jawatan Ketua Pesuruh Jaya SPRM terlalu penting
00:51untuk ditentukan melalui proses tertutup semata-mata. MCW 3-4 hari lepas kita berbincang dalam grup WhatsApp bagaimana satu model
01:00baharu perlu dibuat.
01:02Kita kena ada satu search komiti, jawatan kuasa pilihan parlimen dan parlimen membincangkan serta meluluskan siapakah yang layak untuk menjadi
01:13KP SPRM ini.
01:14Beliau menegaskan pendekatan itu bukan untuk mempolitikkan SPRM, sebaliknya bertujuan mengurangkan persepsi campur tangan badan eksekutif,
01:24sekaligus meningkatkan keyakinan awam terhadap kebebasan institusi pencegahan rasuah.
01:30Selain isu pelantikan, MCW turut mengemukakan tiga cadangan utama bagi memperkukuh mekanisme semak dan imbang terhadap SPRM.
01:38MCW mencadangkan tiga penambahbaikan. Yang pertama, laporan tahunan badan pemantau ini mesti lebih terperinci dan dibentangkan kepada parlimen.
01:51Kedua, kuasa mereka tidak boleh sekadar untuk menasihat. Mereka perlu ada kuasa untuk memanggil penjelasan dan membuat syur secara terbuka.
02:00Ketiga, pelantikan anggota badan pemantau ini mestilah telus. Bukan sekadar kita lantik orang yang selesa dengan kerajaan.
02:08Kita perlu berani untuk melantik mereka yang suka mengkritik untuk berada di situ.
02:14Jaiz menyatakan langkah-langkah tersebut penting bagi memastikan SPRM dilihat sebagai sebuah institusi benar-benar bebas, profesional dan berintegriti
02:23sejajar harapan rakyat dalam usaha membanteras rasuah secara lebih berkesan.
02:29Beliau berkongsi pandangan dalam rancangan awal ini pagi pada selasa.
Comments

Recommended