Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Seorang pekebun berusia 71 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Johor atas tiga pertuduhan menembak mati tiga individu termasuk dua lelaki tempatan dan seorang wanita warga asing menggunakan senjata api jenis shotgun di sebuah restoran minggu lalu. Tertuduh, Lim Lian, didakwa memahami pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Magistrate Kota Tinggi Johor atas tiga pertuduhan menembak maut tiga individu termasuk dua lelaki tempatan
00:09dan seorang wanita warga asing dengan senjata api jenis shotgun di sebuah restoran pada minggu lalu.
00:15Tertuduh Lim Lian, 71 tahun, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Magistrate Nur Khalidah Farhana Abu
00:23Bakar.
00:25Bagaimanapun, tiada pengangkuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:32Mengikut kertas pertuduhan, Lim Lian yang juga warga emas didakwa membunuh Wang Phu Sun, 61 tahun, Chen Khoai Hua, 64
00:40tahun dan wanita Vietnam Tran Thi Trang, 37 tahun.
00:44Perbuatan itu dilakukan di sebuah restoran di Jalan Delima, Taman Kota Jaya Kota Tinggi Johor lebih kurang 1.30 petang
00:52pada 19 April lalu.
00:55Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kes dikendalikan Timbalan Pedakwa Raya, Izland Azhar.
01:03Manakala tertuduh diwakili peguam Berlinda Loh.
01:06Mahkamah menetapkan 13 Mei sebagai tarikh sebutan semula untuk izin memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.
01:15Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended