Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
UMNO Negeri Sembilan menegaskan komitmen untuk mempertahankan institusi adat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, sambil menggesa tindakan segera diambil bagi menyelesaikan krisis adat dan perlembagaan yang sedang berlaku. Cadangan penubuhan jawatankuasa khas pendamai dikemukakan bagi meredakan keadaan dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Transcript
00:00Dan pada masa yang sama, UMNO Negeri Sembilan menegaskan pelirian untuk terus mempertahankan institusi adat serta undang-undang tubuh Kerajaan
00:07Negeri Sembilan 1959 sambil berharap krisis yang berlaku ketika ini dapat diselesaikan dan tidak berlarutan.
00:15Pengurusi Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, situasi berkenaan tidak wajar dibiarkan tanpa sebarang tindakan susulan daripada Kerajaan Negeri kerana ia
00:23boleh menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat.
00:28Ujar Jalaluddin yang juga ahli majlis mesyuarat Kerajaan Negeri, satu jawatankuasa khas pendamai perlu ditubuhkan bagi membantu menangani krisis berkaitan
00:38adat dan perlembagaan Negeri Sembilan yang sedang berlaku.
00:41Jelasnya langkah segera perlu diambil bagi meredakan keadaan termasuk dengan menubuhkan jawatankuasa khas yang dianggutai individu berpengalaman dan mempunyai kepakaran
00:50dalam hal ehwal adat dan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
00:56Tambah beliau, jawatankuasa berkenaan perlu bersifat bebas, berwibawa dan tidak memihak kepada mana-mana pihak bagi memastikan penyelesaian yang terbaik
01:03dapat dicapai.
01:05Subungan itu, beliau menegaskan bahawa penubuhan jawatankuasa itu tidak bermaksud Kerajaan Negeri mencampuri urusan adat, sebaliknya sekadar menyalurkan pandangan dan
01:14panduan melalui saluran yang betul berdasarkan penutukan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.
01:21Krisis adat Negeri Sembilan mula mencuri perhatian selepas tindakan beberapa undang luak yang didakwa menggunakan kuasa mereka untuk menyingkirkan Tuanku
01:30Mukhris, Tuanku Munawir sebagai yang dipertuan besar Negeri Sembilan ketika wujud dawaan Undang-Undang Sungai Ujung, Datuk Mubarak Doha telah
01:37dipecat.
01:38Terima kasih telah menonton!
Comments