Skip to playerSkip to main content
  • 2 weeks ago
IRGC berkata Iran sedia hadapi ancaman termasuk operasi darat, tekankan kawalan Selat Hormuz serta ancam tindak balas jika AS teruskan sekatan tegang
Transcript
00:00Baik itu antara kesan yang sedang atau akan dirasai oleh dunia dan Malaysia sesuatu konflik yang berterusan di Asia Barat.
00:06Dan antara kemas kini yang terbaru adalah Kor Pengawal Revolusi Iran atau IRGC menegaskan akan terus melaksanakan strategi ketenteraan terutama
00:14untuk mengurus dan mengawal selat hormus.
00:19IRGC dalam kenyataannya berkata, Iran terus merangka dan menambah baik plan operasi serta pertahanan untuk menghadapi ancaman maritim dan juga
00:28pertempuran darat.
00:32IRGC turut memaklumkan bahawa semua pasukan pertahanan Iran berada dalam keadaan kesiapsiagaan penuh berhentasi semua medan termasuk sistem merisikan.
00:42Ia mendakwa pangkalan tentera AS di Asia Barat telah menerima kesan besar dalam konflik semasa dan Washington perlu berundur tanpa
00:50syarat dari rantau itu.
00:51Markas Pusat Khatam Al-Ambiyah pula memberi amaran bahawa Iran akan bertindak balas keras jika tentera Amerika meneruskan sekatan dan
01:00tindakan yang disifatkan sebagai ladun di rantau itu.
01:04Kenyataan itu menyebut pergerakan musuh sedang dipantau rapi sejak sekatan dilaksanakan pada 12 April.
01:09Kementerian Pertahanan Iran pula berkata keupayaan ketenteraan negara itu kini lebih kukuh berbanding sebelum ini untuk melindungi kedaulatan dan kepentingan
01:18nasional.
Comments

Recommended