Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menyatakan permohonan maaf atas ucapan yang didakwa telah menghina empat para sahabat Nabi Muhammad SAW.
Transcript
00:00Baik, seterusnya Datuk Nik Muhammad Zawawi Saleh menyatakan permohonan maaf atas ucapan yang didakwa telah menghina empat para sahabat Nabi
00:08Muhammad.
00:09Ahli Parlimen Pasir Putih itu juga mengakui bersikap kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan itu.
00:19Menelusi kenyataan yang disiarkan dalam Facebook Dewan Ulama Pas Pusat pada Rabu, Nik Muhammad Zawawi menyatakan dengan rendah hati memohon
00:26maaf atas kekhilafan tersebut.
00:29Pada masa sama beliau turut menyatakan tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah
00:37SWT.
00:39Jelasnya, tujuan asal kenyataan dibuat hanyalah untuk menjelaskan serta memberikan penekanan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad
00:49dalam mengubah sosio-budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.
00:55Nik Muhammad Zawawi turut mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini sebagai kekhilafan peribadinya dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan
01:03pas atau pemimpinnya.
01:05Beliau turut berharap agar Allah SWT mengampunkan segala kekhilafannya dan menerima segala usaha semua pihak dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah
01:14dan kebijaksanaan.
01:16Sebelum ini tular, siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan empat sahabat Nabi Muhammad iaitu Abu
01:26Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Al-Afan dan Ali Abi Talib yang melaksanakan amalan jahiliah sebelum memeluk Islam.
01:34Beliau dilaporkan mengeluarkan kenyataan sedemikian semasa berucap di sebuah majlis ceramah perdana rakyat bangkit di Kuala Terengganu pada 8 Mei
01:42lalu.
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended