Skip to playerSkip to main content
Pernah berdepan insiden tidak menyenangkan dengan ular sawa ketika berusia tujuh tahun apabila reptilia itu tiba-tiba berenang menghampirinya.

Namun, tiada siapa menyangka trauma sedemikian mengubah wanita kecil molek itu menjadi berani dan berjaya mengatasi ketakutan secara berperingkat sehingga membawanya ke dalam dunia perniagaan serta penjagaan haiwan eksotik.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777279/edisi/selangor-kl/nina-takluk-dunia-haiwan-rare

Muzik: Spotlight- Neptune dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Haiwaneksotik #BrotherhoodReptiles
Transcript
00:08Pernah berdepan insiden tidak menyenangkan dengan ular sawa ketika berusia 7 tahun apabila reptilia itu tiba-tiba berenang menghampirinya.
00:18Namun tiada siapa menyangka trauma sedemikian mengubah wanita kecil molek ini menjadi berani dan berjaya mengatasi ketakutan secara berperingkat sehingga
00:30membawanya ke dalam dunia perniagaan serta penjagaan haiwan eksotik.
00:35Prado Reptile ni dia start daripada 2016 lah. Kita ada physical shop bermula 2018. Dia asalnya hobi je lah sebenarnya.
00:47Asalnya hobi kita bela sendiri. Lepas tu lama-lama kita jadi dropship dan lama-lama kita ada kedai sendiri.
00:58Ada lebih 100 spesies haiwan. Ada macam-macam. Kita ada reptiles dan kita ada juga memos. Tapi memos tak banyak
01:06sebab kita fokus more to reptiles.
01:08Dan biasanya ramai orang minat pula dengan bearded dragon. Itu antara haiwan yang paling ramai orang cari di Prado Reptiles.
01:19Keberanian wanita berusia 29 tahun itu mengendalikan haiwan eksotik menerusi penstriman langsung di Facebook, TikTok dan YouTube mengundang perhatian warga
01:32maya.
01:33Tidak kurang juga memujinya sekaligus ingin tahu bagaimana wanita terbabit menceburi bidang yang jarang sekali diperlopori kaum hawa.
01:43Anak kelahiran Johor Baru itu turut memasang visi iaitu Brotherhood Reptiles sebagai salah satu pusat rujukan utama yang memberikan kesedaran,
01:54pendidikan dan pendedahan tentang spesies eksotik sebagai haiwan peliharaan.
02:00Terima kasih.
Comments

Recommended