Skip to playerSkip to main content
Lori diubah suai, guna 'fleetcard' jual semula diesel ke tapak pembinaan

Kegiatan seorang lelaki menggunakan lori yang diubah suai tangkinya, disyaki bagi menyeleweng diesel bersubsidi terbongkar selepas diserbu di sebuah stesen minyak di Taman Malim Permai, Melaka pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Dr Mohd Hazimin Jamaludin berkata, kegiatan itu dikesan hasil risikan dilakukan pihaknya mendapati lori berkenaan menggunakan fleetcard di empat stesen minyak sekitar Malim dalam tempoh sehari.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777129/berita/semasa/lori-diubah-suai-guna-fleetcard-jual-semula-diesel-ke-tapak-pembinaan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #fleetcard #Seleweng #Diesel
Transcript
00:00Hasil risikan daripada pegawai KPDN, serbuan telah dijalankan oleh sepasukan penguasa KPDN
00:05dengan kekuatan kira-kira 3 orang anggota
00:08di asesia minyak berkenaan dan telah menahan seorang lelaki warga negara Malaysia
00:13berbangsa Cina yang berumur di lingkungan 40-an
00:16Semasa serbuan dijalankan, lelaki berkenaan sedang membuat pengisian diesel kali yang keempat pada hari yang berkenaan
00:23Modus Super Andy yang dijalankan adalah dengan membuat pembelian secara runcit
00:28dengan menggunakan flip card
00:30yang mana bahan api berkenaan dibeli dengan harga subsidi dan dijual terus kepada pelanggan di tapak pembinaan
00:38Hasil serbuan telah menemukan satu tangki tambahan besi dengan anggaran kapasiti 6,000 liter
00:46yang dipasang ke bahagian dalam bodi berkenaan
00:50Satu set motor pump yang dicaki digunakan untuk menyerut bahan api yang diisi ke dalam tangki
00:57asal untuk dialihkan ke dalam tangki tambahan
01:00Selain itu, turut disita satu flip card yang digunakan untuk membuat pembelian bahan api
01:05dengan harga subsidi bahan api yang disita pada kendaraan berkenaan
01:09dianggalkan sebanyak 1,200 liter, jumlah anggaran sitaan dinilaikan sebanyak 93,344 ringgit
01:18Kes ini disiasat di bawah sub peraturan 21 kurungan 1
01:23peraturan-peraturan kawalan bekalan 1974 dan di bawah seksyen 21 atau kawalan bekalan 1961
01:30yang mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi 1 juta ringgit
01:35atau dipenyerah selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau keduanya
01:39dan untuk kesalahan kedua atau selesai boleh didenda tidak melebihi 3 juta ringgit
01:45atau dipenyerah selama tempoh tidak melebihi 5 tahun ataupun keduanya sekali
01:54Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended