Skip to playerSkip to main content
Seorang lelaki keturunan 'Tengku' didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan pingat kebesaran Negeri Sembilan yang membawa gelaran 'Datuk' melibatkan kerugian lebih RM60,000 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Tengku Ahmad Ariff Mulia Tengku Daeng Bahaismail, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777061/berita/semasa/tengku-didakwa-tipu-bagi-dapatkan-gelaran-datuk-negeri-sembilan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #ketipu #mahkamah #tipudapatkanpingat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang lelaki keturunan Tengku didakwa di Mahkamah Magistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan pingat kebesaran Negeri Sembilan
00:08yang membawa gelaran datuk melibatkan kerugian lebih RM60,000 tahun lalu.
00:13Tertuduh Tengku Ahmad Arif Mulya Tengku Daing Bahai Smael, 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dihadapan Magistret Nurul Sakina Rosli
00:22selepas pertuduhan dibacakan.
00:23Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah menipu seorang lelaki dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM64,500.
00:32Bayaran itu untuk menguruskan bagi mendapatkan pingat darjah setia bakti Negeri Sembilan yang membawa gelaran datuk sempena Hari Keputeraan ke
00:40-78 yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
00:43Kesalahan itu dilakukan di Taman Nuri Indah Seremban di antara 30 Mac hingga 6 Disember 2025.
00:49Berikutan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 manakala sebutan semula
00:57kes ditetapkan pada 3 Jun depan bagi serahan dokumen.
Comments

Recommended