00:00Bekas Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menggesa satu audit menyeluruh dan bebas dilakukan terhadap Bestinik Sendiang Berhad
00:08serta Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing atau FWCMS, sesulan kenyataan balas undang-undang syarikat itu yang mempertahankan operasi dan konsesinya.
00:19Santiago berkata walaupun Peguam Bestinik telah mengeluarkan kenyataan media yang terperinci untuk mempertahankan FWCMS,
00:27dawaan tersebut tidak boleh menggantikan semakan kawal selia yang sewarjanya.
00:32Ahli DAP itu turut mencabar dawaan Bestinik bahawa FWCMS tidak memberi kos sifar kepada kerajaan dengan berhujah bahawa walaupun syarikat
00:42itu mungkin membiayai platform tersebut secara swasta,
00:45ia tetap mengenakan bayaran bagi setiap pekerja asing yang diproses, kos yang akhirnya ditanggung oleh majikan dan pekerja.
00:53Santiago berkata laporan Ketua Audit Negara 2022 telah mengenalpasti kelemahan dalam FWCMS termasuk pendedahannya terhadap manipulasi dan jurang tak diurus.
01:05Beliau juga menekankan penemuan serius oleh jawatankuasa kira-kira wang negara atau PAC,
01:10seperti pengguna tidak sah yang meluluskan permohonan serta perolehan yang dibuat tanpa proses yang betul.
Comments