00:00Pihak berkuasa Palestine dijadwal mengadakan pilihan raya majlis perbandaran di Deirah Al-Ballah, sebuah bandar di tengah jalur Gaza pada
00:0825 April ini yang pertama di Gaza sejak 2005.
00:12Ia sekaligus memberi peluang kepada penduduk memilih wakil tempatan di tengah harapan membina semula komuniti yang terjejas akibat perang.
00:21Bahan kempen seperti sepanduk dan risalah calon mula kelihatan di sekitar Deirah Al-Ballah yang dilaporkan kurang mengalami kemusnahan teruk
00:29berbanding kawasan lain di Gaza.
00:31Ramai penduduk melihat pilihan raya tersebut sebagai peluang untuk menghidupkan semula kehidupan sivik dan memaikpulih infrastruktur yang rosak akibat konflik
00:41berterusan.
00:42Seorang calon pilihan raya majlis perbandaran, Said Abu Isa berkata ketiadaan pilihan raya di Gaza selama 20 tahun menjadikan pengumuman
00:51itu sesuatu yang amat dialu-alukan.
01:17Sementara itu seorang penduduk yang dipindahkan Ahmad Abu Uda berharap,
01:22calon-calon dapat memberi tumpuan kepada penyediaan perkhidmatan asas kepada golongan terjejas termasuk sanitasi serta menangani masalah perusak.
01:32Pilihan raya tempatan terakhir di Teping Barat diadakan pada 2021 manakala pilihan raya di Gaza sebelum ini ditangguhkan sehingga keadaan
01:41sesuai berikutan perpecahan dalaman Palestine.
01:43Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Palestine pada Februari lalu mengumumkan pilihan raya tempatan 2026 akan diadakan bagi 421 majlis tempatan di
01:5512 lokasi merangkumi bandar-bandar di Teping Barat serta Deirah Al-Balah.
Comments