Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Kuching City FC melakar sejarah tersendiri apabila mara ke final Piala Malaysia buat kali pertama selepas menewaskan Selangor FC dengan agregat 2-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Negeri di Kuching, pada Sabtu.
Transcript
00:00Kuching CTFC melakar sejarah tersendiri apabila marah ke final Piala Malaysia buat kali pertama selepas menewaskan selangor FC dengan agregat
00:092-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Negeri di Kuching pada Sabtu.
00:14Skuad kendalian Aidil Syarin Saha itu mencatat kemenangan 1-0 pada aksi separuh akhir kedua selepas kedua-dua pasukan terikat
00:231-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 5 April lepas.
00:31Pada pertemuan malam tadi Kuching CT memperoleh gol kemenangan menudusi jaringan Petrus Shitembe pada minit ke-30.
00:39Selangor sekali lagi ditimpa malang apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-52 selepas Kapten Skuad Gengasi Merah
00:48Mohd Safuan Baharudin dilayangkan kad merah setelah semakan video bantuan pengadil ataupun VAR mengesahkan beliau melakukan kesalahan menghalang peluang jaringan.
00:58Skuad bimbingan Kim Pangon itu terus dirundung malang apabila seorang lagi pemain Mohd Mukairi Ajmal Mahadi dibuang padang 11 minit
01:08kemudian susulan terjahan keras sekaligus memaksa selangor beraksi dengan 9 pemain.
01:13Kelebihan itu bagaimanapun gagal dimanfaatkan Kuching CT untuk menambah jaringan sekaligus menyaksikan keputusan kekal 1-0 hingga wisel penamat.
01:24Kuching CT bakal berdepan juara bertahan Johor Darul Takzim yang menepati ramalan menewaskan Kuala Lumpur CTFC dengan agregat 8-1
01:33pada pelawanan akhir Piala Malaysia yang dijadwalkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 23 Mei ini.
01:40Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended