Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Kementerian Pengangkutan mengarahkan siasatan menyeluruh susulan gangguan sistem pengendalian bagasi di KLIA Terminal 1 yang menyebabkan kelewatan sehingga empat jam. MAHB ditegaskan perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan perkhidmatan tersebut.
Transcript
00:00Seterusnya, Kementerian Pengangkutan mengarahkan siasatan menyeluruh susulan gangguan sistem pengendalian bagasi ataupun BHS di KLIA Terminal 1 pada petang Jumat
00:11lalu yang menyebabkan kelewatan antara 2 hingga 4 jam melibatkan sejumlah besar penumpang.
00:17Menteri Pengangkutan Lok Siu Fook menegaskan Malaysia Airports Holding Berhad MAHB sebagai pengendali lapangan terbang perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan perkhidmatan
00:28berkenaan.
00:30Menurut beliau, walaupun sistem telah dipulihkan pada hari sama, insiden tersebut tidak boleh dianggap selesai tanpa penilaian menyeluruh.
00:37Katanya penumpang yang melalui pintu masuk utama negara berhak mendapat tahap pengkhidmatan yang boleh dipercayai dan insiden ini jelas gagal
00:44memenuhi standar tersebut.
00:46Beliau berkata, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan telah diarahkan mengadakan mesyuarat tergempar bersama agensi berkaitan bagi meneliti semula prosedur operasi standar
00:54SOP pengurusan gangguan di lapangan terbang.
00:57Semakan itu akan memberi tumpuan kepada masa tindak balas, komunikasi kepada penumpang serta protokol pelan kontingensi.
01:04Dalam masa yang sama, pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia, CAAM, turut diarahkan menjalankan siasatan bagi menentukan sama ada tindakan boleh
01:13dikenakan terhadap MAHB susulan kegagalan tersebut.
01:17Beliau menegaskan kejadian itu mencerminkan keperluan mendesak untuk memperkukuh budaya accountability dalam organisasi selaras dengan aspirasi menjadikan lapangan terbang negara
01:27bertaraf dunia.
01:28Tegasnya negara tidak boleh mencapai status lapangan terbang bertaraf dunia tanpa budaya tanggungjawab yang kukuh dalam setiap peringkat organisasi.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended