Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Seorang pegawai dan dua anggota polis antara individu yang ditahan dalam satu operasi narkotik di dua premis hiburan di Ipoh, Perak pada 5 April lalu. Pemeriksaan mendapati dua anggota polis tersebut positif dadah, susulan serbuan yang turut mengesan puluhan pelanggan berusia antara 19 hingga 52 tahun positif bahan terlarang. Polis menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang salah laku, termasuk membabitkan anggota sendiri.
Transcript
00:00Seorang pegawai dan dua anggota polis ditahan dalam satu operasi di dua premis hiburan di Ipoh Perak pada 5 April
00:07lalu dengan dua daripada mereka didapati positif dadah.
00:12Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Husin Omar Han memaklumkan serbuan tersebut melibatkan dua premis hiburan di Bandar
00:21Baru Medan Ipoh dan Taman Ipoh.
00:24Jelasnya hasil pemeriksaan di premis kedua mendapati seramai 87 pelanggan berusia antara 19 hingga 52 tahun disahkan positif dadah.
00:34Menurut Husin Omar, pemeriksaan turut dijalankan ke atas seorang pegawai polis serta dua anggota polis yang berada di premis berkenaan
00:42ketika serbuan dilakukan dan dua daripada anggota terbabit didapati positif dadah.
00:47Beliau memaklumkan dua anggota polis terbabit disahkan berpangkat korporal dan lansk korporal masing-masing berusia 26 dan 40 tahun serta
00:57bertugas di Johor.
00:59Selain itu, korporal berkenaan didapati positif ketamin manakala rakan setugasnya pula positif metafetamin, amfetamin dan ketamin.
01:08Husin Omar menegaskan bahawa tindakan tegas itu membuktikan pihak polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan termasuk melibatkan anggota pasukan
01:18keselamatan sendiri.
01:20Tambah beliau, seramai 59 lelaki dan 28 wanita telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15-1-A Akta Dadah
01:30Berbahaya 1952.
Comments

Recommended