Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Perdana Menteri mengarahkan penyelarasan segera bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang memusnahkan kira-kira 200 rumah. Keutamaan diberikan kepada keselamatan mangsa serta penempatan sementara dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Sabah.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penyelarasan segera bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Bahagia di Sandakan yang memusnahkan
00:10kira-kira 200 rumah awal pagi tadi.
00:12Menurut beliau, keutamaan ketika ini adalah memastikan keselamatan mangsa serta penyaluran bantuan asas dan penempatan sementara dengan kerjasama antara Kerajaan
00:22Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.
00:25Sementara itu, menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Sabah, kebakaran melibatkan penempatan seluas kira-kira 300 meter
00:34persegi dan setakat ini dilaporkan musnah sepenuhnya.
00:39Operasi pemadaman melibatkan 35 anggota dari Balai Bomber dan Penyelamat Sandakan serta Kinabatangan dengan bantuan beberapa agensi lain.
00:48Pasukan Bomber berdepan kesukaran memasuki kawasan kejadian berikutan laluan sempit selain keadaan air laut surut yang menyukarkan mendapatkan sumber air
00:58terbuka.
Comments

Recommended