00:00Kerajaan Negeri Sabah menggerakkan semua agensi berkaitan bagi menyalurkan bantuan segera dan memastikan keselamatan mangsa kebakaran di Kampung Bahagia Sandakan
00:12Terjamin.
00:13Ketua Menteri Datuk Sri Haji Jinur berkata, keutamaan ketika ini ialah memastikan kebajikan mangsa terjaga dan selesa seperti penyediaan tempat
00:24perlindungan sementara, keperluan asas serta makanan.
00:28Beliau juga berdukacita menerima laporan kebakaran besar yang menyebabkan ratusan rumah di Kampung Bahagia.
00:36Katanya, kerajaan negeri akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa dan memastikan segala bentuk bantuan disalurkan dengan segera dan
00:48berkesan.
00:49Beliau berkata demikian melalui hantaran di Facebook hari ini.
00:53Awal pagi tadi, kira-kira 200 rumah di Kampung Bahagia musnah dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi ahad.
Comments