Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan hari ini susulan kebakaran besar yang melanda Kampung Bahagia, awal pagi Ahad.
Transcript
00:00Dalam perkembangan sama sebuah pusat pemindahan sementara PPS di Dewan PPR Batu Sapi diaktifkan hari ini, susulan kebakaran besar yang
00:09melanda Kampung Bahagia Awal Pagi Ahad.
00:11Pengisytiharan pembukaan PPS itu dibuat oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Daerah JPBD Sandakan Dato' Walter Kenson selepas pemeriksaan mendapati
00:22kediaman penduduk terjejas tidak selamat untuk didiami buat sementara waktu.
00:27Menurut beliau, PPS berkenaan mula dibuka pada jam 7 pagi bagi menempatkan mangsa kebakaran sehingga pemeriksaan lanjut selesai dan kawasan
00:37disahkan selamat.
00:39Keputusan dibuat berdasarkan pandangan serta cadangan JPBD selepas menilai tahap keselamatan di lokasi kejadian.
00:46Sementara itu, laporan tidak rasmi setakat jam 9.15 pagi memaklumkan seramai 89 ketua isi rumah KIR melibatkan anggaran 445
00:58mangsa telah dipindahkan ke PPS berkenaan.
01:02Proses pendaftaran mangsa masih giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM.
01:12Setakat ini, tiada laporan lanjut mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Comments

Recommended