Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
JIM dalam kenyataan memaklumkan pada waktu malam pula suspek menyelinap masuk ke dalam kawasan tapak pembinaan untuk berlindung dan bermalam bagi mengelakkan risiko keselamatan serta ancaman haiwan liar.
Transcript
00:00Tahanan warga Pakistan yang melarikan diri dari penjara Sungai Buloh pada 9 April lalu mengaku bersembunyi di dalam hutan sekitar
00:07kawasan tapak pembinaan selama tujuh hari sebelum ditahan semula oleh Jabatan Imigresen Malaysia di Gombak.
00:14Imigresen dalam kenyataan memaklumkan suspek menyelinap masuk ke dalam kawasan tapak pembinaan pada waktu malam untuk berlindung bagi mengelakkan risiko
00:23keselamatan serta ancaman hidupan liar.
00:26Suspek terut memakai pakaian yang dicuri dari kawasan berkenaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
00:33Imigresen berkata operasi dijalankan hasil risikan selama enam hari serta pengongsian maklumat perisikan daripada kedutaan Pakistan sebelum pasukan operasi berjaya
00:43mengesan lokasi persembunyian suspek.
00:45Suspek kemudian mengaku melarikan diri ketika turun dari trak polis.
00:49Ketika operasi, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan cuba melarikan diri namun berjaya digagalkan oleh pasukan
00:58operasi.
01:00Semakan mendapati suspek memasuki Malaysia pada 11 Januari 2025 melalui lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur dan diberikan pas lawatan sosial
01:09selama 30 hari.
01:10Suspek kini ditahan di depo imigresen.
01:13Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended