Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Bagi musim ini, penempatan jemaah haji Malaysia di Madinah melibatkan tiga zon penginapan utama iaitu Hotel Emaar Royal (Zon 1), Hotel Anwar Al Madinah Movenpick (Zon 2) dan Hotel Emaar Elite (Zon 3).
Transcript
00:00Bertemu kembali, persiapan pembukaan operasi Haji Madinah bagi musim 1,447 hijrah kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh dan berjalan
00:10lancar untuk menerima seramai 31,600 jemaah haji Malaysia.
00:15Lembaga Tabung Haji TH memaklumkan seramai 75 petugas telah tiba lebih awal di Madinah pada 12 April lalu bagi memulakan
00:23operasi diketuai oleh Afandi Abdullah yang juga pengarah operasi Madinah.
00:30Menurut TH, daripada jumlah itu, 40 petugas kebajikan manakala 35 lagi petugas perubatan bagi memastikan kebajikan serta kesihatan jemaah sentiasa
00:40terpelihara sepanjang musim haji.
00:42Bagi musim ini, penempatan jemaah haji Malaysia di Madinah melibatkan 3 zon penginapan utama iaitu Hotel Emma Royal, Zon 1,
00:51Hotel Anwar Al-Madinah Moven Peak, Zon 2 dan Hotel Emma Elite, Zon 3.
00:56Hotel Emma Elite yang merupakan bangunan terbaharu terletak kira-kira 150 meter dari Masjid Nabawi.
01:04Sementara itu, pusat pentadbiran operasi Madinah kini beroperasi di lokasi baharu iaitu Hotel Zaha Taibah yang menawarkan kemudahan modern termasuk
01:14dapur dan restoran yang lebih selesa.
01:17Bangunan pentadbiran menempatkan pelbagai unit penting antaranya Pejabat Pengarah Operasi Madinah, Pejabat Operasi Perubatan, Unit Pentadbiran, Bilik Maklumat Operasi, Unit
01:29Alokasi, Unit Pengendalian, Unit Kewangan serta Unit Pengelola Jemaah Haji.
01:34Terima kasih.
01:36Terima kasih.
01:36Terima kasih.
01:36Terima kasih.
Comments

Recommended