Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menasihati rakyat supaya sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti air khususnya di kawasan berisiko seperti pantai serta sungai.
Transcript
00:00Sementara itu, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatudin Al-Mustafa Bilashah dan Tengku Ampuan Pahang Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
00:09menasihati rakyat supaya sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti air, khususnya di kawasan berisiko seperti pantai serta sungai.
00:17Baginda berdua turut mengingatkan orang ramai supaya menitikberatkan aspek keselamatan seperti memakai jaket keselamatan ketika berada di laut atau kawasan
00:26perairan terbuka serta mengelakkan aktiviti tanpa pengawasan atau melakukannya di lokasi yang tidak selamat.
00:33Selain itu, ibu bapa dan penjaga diseru agar sentiasa memantau pergerakan serta keselamatan anak-anak terutama ketika berada berhampiran kawasan
00:43air bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
00:46Titah Al-Sultan Abdullah dan Tungku Azizah dimuat naik di laman Facebook Kesultanan Pahang pada Sabtu.
00:53Baginda berdua turut bertitah bahawa sikap berhati-hati dan peka terhadap keadaan sekeliling serta pematuhan kepada langkah keselamatan mampu membantu
01:03mengurangkan risiko kemalangan seterusnya melindungi nyawa.
01:06Dalam hantaran sama, Sultan Pahang dan Tengku Ampuan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua pelajar iaitu Luqman Kamil Jamaluddin, 16
01:16tahun, dan Mohd Fauzan Aziman Mohd Saad, 18 tahun, yang ditemukan lemas dalam insiden berasingan masing-masing di Kuantan dan
01:25Maran pada petang Sabtu.
01:26Baginda berdua mendoakan agar roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh serta berharap segala urusan keluarga
01:36dipermudah selain tabah atas kehilangan insan tersayang.
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended