Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Enam orang terbunuh apabila seorang lelaki kelahiran Rusia melepaskan tembakan ke arah orang awam di sebuah daerah di Kyiv sebelum menawan tebusan di dalam sebuah pasar raya, sebelum akhirnya ditembak mati polis, menurut pihak berkuasa.
Transcript
00:00Enam orang terbunuh apabila seorang lelaki kelahiran Rusia melepaskan tembakan ke arah orang awam di sebuah daerah di Kiev sebelum
00:07menawan tebusan di dalam sebuah pasaraya sebelum akhirnya ditembak mati polis pada Sabtu.
00:13Perkhidmatan Keselamatan Ukraine memaklumkan insiden itu disiasat sebagai satu tindakan keganasan namun motif serangan masih belum dikenalpasti.
00:21Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata dalam ucapan video hariannya kejadian berlaku di daerah Holosivsky yang menyebabkan 14 individu cedera.
00:32Katanya suspek mengambil tebusan dan malangnya seorang daripadanya terbunuh.
00:37Empat mangsa maut di jalanan manakala seorang wanita meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.
00:43Pendakwa Raya Ukraine Ruslan Kravchenko berkata antara yang cedera ialah seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang terut kehilangan
00:53kedua-dua ibu bapanya dalam serangan itu.
00:58Menteri Dalam Negeri Ukraine Ihor Klimenko berkata polis menyerbu pasaraya itu selepas rundingan selama 40 minit dengan suspek gagal.
01:06Menurut beliau, suspek yang memiliki senjata berdaftar bertindak menembak orang awam secara rawak dari jarak dekat sebelum memasuki premis berkenaan.
01:18Kravchenko berkata, suspek dikenalpasti sebagai lelaki kelahiran Moskow pada 1958 dan menggunakan senjata otomatik.
01:27Presiden Zelensky turut memaklumkan suspek mempunyai rekod jenayah serta dipercayai membakar kediamannya sebelum melancarkan serangan.
01:35Tambah beliau, siasatan sedang giat dijalankan termasuk meneliti semua peranti elektronik dan kenalan suspek bagi mengenalpasti motif sebenar kejadian.
01:46Terima kasih.
01:47Terima kasih.
Comments

Recommended