Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Suu Kyi sebelum ini dijatuhi hukuman penjara atas pelbagai pertuduhan termasuk hasutan, rasuah dan pelanggaran undang-undang rahsia rasmi.
Transcript
00:00Pemerintah Tentera Myanmar mengumumkan pengurangan hukuman penjara ke atas tokoh politik Aung San Suu Kyi sempena pengampunan tahun baru tradisional
00:08negara itu.
00:09Peguam memaklumkan hukuman penjara 27 tahun yang sedang dijalani Suu Kyi kini dikurangkan sebanyak 1 per 6.
00:19Ketetapan akan diperincikan dalam masa terdekat.
00:21Sama ada Suu Kyi dibenarkan menjalani baki hukuman sebagai tahanan di rumah atau kekal ditahan di penjara.
00:27Sebelum ini Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara atas pelbagai pertuduhan termasuk hasutan, rasuah dan pelanggaran undang-undang rahsia rasmi.
00:36Bagaimanapun, sekutu kepada Suu Kyi menyifatkan kesemua pertuduhan itu sebagai bermotifkan politik bagi menyingkirkan beliau daripada pemerintahan negara.
00:44Pengumuman ini dibuat susulan keputusan Presiden baru Myanmar yang juga bekas Ketua Junta Tentera, Min Aung Hain, meluluskan pengampunan kepada
00:51lebih 4,300 banduan di seluruh negara.
00:55Dalam perkembangan yang sama, bekas Presiden Myanmar, Win Min yang ditahan sejak rampasan kuasa tentera pada 2021 dibebaskan sebagai sebahagian
01:03daripada pengampunan perkenaan.
Comments

Recommended