00:00Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji J Nur menekankan kerajaan negeri komited untuk terus memperkukuh keselamatan tenaga negeri melalui strategi
00:09pembangunan tenaga seimbang dan berdaya tahan.
00:12Beliau yang juga pengurusi Majlis Tenaga Sabah MTS berkata ini termasuk memanfaatkan sumber gas asli negeri, pembangunan tenaga hidro, penggunaan
00:23teknologi bateri energy storage sistem serta penerokaan projek pump storage hidro sebagai penyimpanan tenaga berskala besar bagi meningkatkan fleksibiliti serta
00:35kestabilan sistem grid Sabah.
00:39Tambah beliau di bawah inisiatif peralihan tenaga, Sabah kini beralih ke arah peningkatan penggunaan tenaga boleh baru dan gas asli
00:48sebagai alternatif kepada diesel dan marine fuel oil, MFO.
00:52Semasa mempenguruskan mesyuarat Majlis Tenaga Sabah MTS yang pertama untuk tahun ini di Menara Kinabalu pada Jumaat, Haji J berkata
01:01inisiatif peralihan tenaga kerajaan negeri dapat membantu Sabah menangani cabaran keselamatan bekalan tenaga serta tekanan kenaikan harga minyak global berikutan
01:11konflik Asia Barat.
01:13Ujar beliau inisiatif peralihan tenaga oleh kerajaan negeri yang diterajui Suruhanjaya Tenaga Sabah atau ECOS dan mula dilaksanakan sejak beberapa
01:22tahun lalu bersesuaian serta tepat pada masanya untuk membantu Sabah berdepan dengan cabaran masa kini.
01:30Haji J berkata pembangunan sektor tenaga ini juga merupakan asas penting dalam menarik pelaburan serta memacu pembangunan sektor perindustrian di
01:39Sabah.
01:40Ini kerana bekalan tenaga yang stabil, mampan dan berdaya saing akan terus menyokong pertumbuhan kawasan perindustrian strategik sekaligus membuka lebih
01:49banyak peluang pelaburan dan pekerjaan kepada rakyat Sabah.
Comments