00:00Dan Malaysia bukan saja memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi, tetapi juga menekankan pembinaan ekonomi yang lebih berdaya tahan dan pelbagai
00:07dalam menghadapi ketidaktentuan global.
00:10Pengurusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Maida, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,
00:15ini susulan tindakan Bank Dunia minggu lepas yang menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.4% daripada 4.1%
00:24untuk tahun 2026.
00:25Walaupun terdapat peningkatan ketidaktentuan global, khasnya konflik di Asia Barat.
00:33Jelas Tengku Zafrul, perkembangan itu menunjukkan ekonomi negara terus berkembang namun beliau memberi amaran Malaysia tidak seharusnya menjadi terlalu leka.
00:43Katanya apabila harga minyak global meningkat, impaknya akan turut menjejaskan kos barangan dalam negara,
00:48manakala ketegangan dalam perdagangan global pula boleh menjejaskan peluang ekonomi negara.
00:53Situasi ini katanya menyebabkan fokus negara bukan sekadar kepada pertumbuhan,
00:58tetapi juga kepada usaha membina ekonomi yang lebih berdaya tahan dan pelbagai.
01:03Tambah beliau semakkan menaik unjuran oleh Bank Dunia itu merupakan petanda positif,
01:08namun masa depan ekonomi negara bergantung kepada apa yang sedang dibina pada masa sekarang.
Comments