00:00Kadar inflasi Malaysia juga meningkat 1.7% untuk Mac 2026, lebih tinggi berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.
00:09Dengan indeks harga pengguna, IHP, meningkat kepada 136.4 mata berbanding 134.1 mata pada Mac 2025.
00:19Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia DOSEM, peningkatan inflasi tersebut didorong terutamanya oleh kumpulan pengangkutan
00:25yang mencatatkan lonjakan kepada 1.6% berbanding negatif 0.7% pada Februari tahun ini.
00:36Peningkatan inflasi turut disumbang berapa kumpulan utama lain antaranya penjagaan diri, pelindungan sosial dan pembangga barangan
00:43serta perkhidmatan yang melonjak 7.0%.
00:46Ia diikuti insurans dan perkhidmatan kewangan 4.9%, minuman alkohol dan tembakau 2.7%
00:54serta restoran dan perkhidmatan penginapan 2.6%.
00:58Kumpulan lain seperti kesihatan dan maklumat dan komunikasi masing-masing meningkat 1.4%
01:04manakala perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain mencatatkan kenaikan 1.2%.
01:12Bagaimanapun, berapa kumpulan pelanjaraan menunjukkan penyedahanaan termasuk pendidikan 2.5%,
01:18makanan dan minuman 1.1% serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.1%.
01:27Sementara itu, pakaian dan kasut merekodkan penurunan marginal kepada negatif 0.1% pada Mac 2026.
01:34Dari segi geografi, 8 negeri mencatatkan kadar inflasi melebihi paras nasional 1.7%
01:41dengan paham merekodkan inflasi tertinggi pada 2.5% diikuti wilayah Persekutuan Labuan 2.4%,
01:51negeri sembilan dari wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masing-masing 2.2% serta Sabah 2.1%.
01:58Sebaliknya, kelatan mencatatkan inflasi terendah iaitu 0.7% pada bulan berkenaan.
02:04Bagi perbandingan bulanan, inflasi keserahan meningkat 0.3% pada Mac 2026,
02:11sedikit lebih tinggi berbanding 0.2% pada Februari 2026,
02:17dipacu oleh kenaikan ketara dalam kumpulan pengangkutan 2.1%
02:22dan maklumat dan komunikasi 0.8%.
02:26Untuk suku pertama 2026, inflasi Malaysia meningkat kepada 1.6%,
02:33lebih tinggi berbanding 1.3% pada suku keempat 2025,
02:39sekaligus mencerminkan tekanan harga yang semakin ketara pada awal tahun ini.
02:44Di peringkat serantau, kadar inflasi Malaysia pada Mac 2026 kekal lebih rendah
02:49berbanding Vietnam, Filipina, Indonesia dan Korea Selatan,
02:53namun lebih tinggi berbanding China dan Thailand merekodkan inflasi negatif.
Comments