Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Taman-Taman Sabah memantau kejadian pembekuan ais di kawasan substesen Panalaban Taman Kinabalu pada ketinggian kira-kira 3,272.7 meter dari aras laut, yang direkodkan pada Khamis.
Transcript
00:00Seterusnya, Taman-Taman Sabah memantau kejadian pembekuan ais di kawasan substesen Panalaban, Taman Kinabalu,
00:08pada ketinggian kira-kira 3,272.7 meter dari aras laut yang direkodkan semalam.
00:15Taman-Taman Sabah menerusi kenyataan memaklumkan fenomena itu berlaku,
00:19susulan keadaan cuaca kering dan kelembapan udara yang rendah di kawasan Gunung Kinabalu sepanjang minggu ini.
00:27Keadaan itu menyebabkan penurunan suhu yang ketara di kawasan altitude tinggi
00:31lalu mengakibatkan pembentukan ais pada permukaan tumbuhan dan persekitaran base camp atau kemah induk Panalaban.
00:38Taman-Taman Sabah menjelaskan pembekuan ais adalah fenomena semula jadi yang lazim berlaku secara bekala di kawasan altitude tinggi Gunung
00:45Kinabalu.
00:46Fenomena itu juga berlaku terutamanya ketika cuaca cerah kering dan suhu menurun dengan ketara pada waktu malam hingga awal pagi.
00:53Sehubungan itu, Taman-Taman Sabah menasihatkan pendaki, malim gunung, poter dan petugas di kawasan Panalaban
00:59supaya memakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca sejuk, kekalkan tahap hidrasi badan
01:04dan mematuhi arahan keselamatan daripada pengurusan serta petugas Taman-Taman Sabah.
01:08Pihak Taman-Taman Sabah akan terus memantau perkembangan cuaca dan suhu di kawasan altitude tinggi
01:13bagi memastikan keselamatan pengunjung dan petugas sentiasa terjamin.
Comments

Recommended