00:00Tindakan seorang penganggur membuat cubaan bunuh dengan mengugut seorang inspektor dengan mengeluarkan kata-kata
00:05Aku akan bunuh polis yang cuba tahan atau tangkap aku, membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara 8 tahun oleh Mahkamah
00:13Session Air Keroh pada Rabu.
00:16Tertuduh, Muhammad Fairus Abdullah, 31 tahun, mengaku bersalah atas dua pertuduhan dibacakan.
00:22Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati cuba membunuh seorang inspektor berusia 40 tahun dengan menghayunkan sebilah kerambit ke arah mangsa dengan
00:31niat yang boleh menyebabkan kematian.
00:34Perbuatan itu dilakukan sekitar jam 1 pagi, Sabtu lalu di Batu 6, Lireh, Tanjung Kling.
00:40Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 6 Kurungan 1 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958
00:48kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah kerambit di tempat awam tanpa alasan yang sah.
00:55Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 8 tahun bagi pertuduhan cubaan membunuh dan 5 tahun serta satu sebatan bagi pertuduhan memiliki
01:04kerambit.
01:05Kedua-dua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak dari tarikh tangkapan.
01:10Sementara itu, dalam proseding berasingan di Mahkamah Magistrate, tertuduh turut berdepan 3 pertuduhan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana
01:19mengugut polis,
01:20Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan anggota polis menggunakan parang dan Seksyen 184 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan
01:30tugas.
01:31Tertuduh mengaku bersalah atas semua pertuduhan.
01:33Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 7 bulan bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkapan.
Comments