Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Eksport halal Malaysia pada 2025 meningkat 10.9 peratus tahun ke tahun berjumlah RM68.52 bilion membuktikan permintaan global yang berterusan dan daya tahan industri dalam persekitaran geopolitik yang mencabar.
Transcript
00:00Ekspor halal Malaysia pada 2025 berjumlah RM68.52 bilion meningkat 10.9% tahun ke tahun, sekaligus menunjukkan permintaan global
00:10yang berterusan dan daya tahan industri dalam persekitaran cabaran geopolitik yang sentiasa berubah.
00:16Menurut halal development Corporation Berhad, HDC pada Khamis, ekspor halal pada 2025 menyumbang 4.3% kepada jumlah ekspor Malaysia
00:26meningkat 0.2% berbanding tahun sebelumnya.
00:30Menurut HDC, prestasi ekspor terus dipacu oleh segmen makanan dan minuman yang menyumbang kira-kira RM36.86 bilion atau 53
00:39.8% daripada jumlah ekspor halal diikuti bahan halal sebanyak RM21.39 bilion atau 31.2%.
00:49Ekspor minyak sawit dan derivatif bernilai RM4.57 bilion mencatatkan pertumbuhan ketara sebanyak 55%.
00:57Agensi tersebut berkata komposisi ini menunjukkan kemantapan Malaysia dalam sektor teras penggunaan halal selain menekankan peluang berterusan untuk memperluas segmen
01:07bernilai tambah tinggi seperti farmastikal dan bahan halal.
01:11HDC turut menekankan mengenai produk halal Malaysia yang terus mendapat sambutan di pelbagai pasaran dengan pasaran ekspor utama termasuk China,
01:20Singapura, Amerika Syarikat, Jepun dan Indonesia.
01:23Menurutnya ekspor ke China berjumlah RM9 bilion atau 13.2% daripada jumlah ekspor halal diikuti Singapura 7.11 bilion
01:33atau 10.4%, Amerika Syarikat 4.46 bilion bersamaan 6.5%, Jepun 4.22 bilion atau 6.2% dan
01:44Indonesia 3.51 bilion atau 5.1%.
01:49Pengagihan pasaran yang luas ini mencerminkan kepelbagaian strategik Malaysia di luar daripada pasaran tradisional sekaligus mengukuhkan daya tahan terhadap gangguan
01:59serantau.
02:00Pada masa sama pelaburan terkumpul dalam Taman Halal Malaysia terus memperlihatkan pertumbuhan stabil, menandakan keyakinan pelabur yang berterusan terhadap ekosistem
02:09halal negara disokong oleh tabir urus yang kukuh, kredibiliti pensijilan dan pembangunan industri bersepadu.
02:16Menurut HDC, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk merebut peluang dalam landscape global pasca konflik, antaranya menyokong pembinaan semula
02:25rantaian bekalan halal dan memperkukuh hubungan perdagangan di rantau yang terkesan.
02:30Di peringkat domestik, HDC akan terus memberi keutamaan kepada pemberkasaan perusahaan kecil dan sederhana, kesiap siagaan ekspor serta pengukuhan ekosistem
02:39termasuk melalui platform digital seperti halal integrated platform HDC.
Comments

Recommended