00:00Sementara itu, Presiden Donald Trump berharap kumpulan Hezbollah mematuhi pelaksanaan gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan Lubnan.
00:08Menerusi hantaran di platform Truth Social pada Khamis, Trump menyifatkan situasi itu sebagai peluang penting untuk meredakan konflik di negara
00:16itu.
00:18Israel dan Lubnan bersetuju melaksanakan gencatan senjata bermula jam 5 petang waktu Timur Syarikat pada Khamis selepas rundingan yang diusahakan
00:26Washington minggu ini.
00:28Persetujuan itu memberi isyarat jeda dalam konflik antara Israel dan Hezbollah yang disokong Iran yang langsung serentak dengan perang melibatkan
00:36Iran.
00:37Hampir 2,000 individu terbunuh akibat serangan Israel di Lubnan, manakala lebih 6,000 lagi cedera.
00:44Konflik itu teruk menyebabkan lebih 1 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.
00:49Gencatan senjata berkenaan dilihat sebagai peluang sementara untuk meredakan ketegangan di rantau Asia Barat yang terus bergolak.
00:58Terima kasih telah menonton!
Comments