Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Semua pelajar terjejas berikutan konflik Asia Barat, pelajar boleh melanjutkan pelajaran IPT Malaysia, yang bersesuaian dengan keputusan, kursus dan latar belakang pendidikan.
Transcript
00:00Selanjutnya, kerajaan bersikap terbuka dan bersedia menempatkan pelajar Malaysia yang berdepan situasi terkandas atau terjejas pengajian di negara terlibat dalam
00:08krisis Asia Barat ke institusi pengajian tinggi dalam negara sekiranya keadaan memerlukan.
00:14Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zamri Abdul Qadir berkata,
00:17kerana itu antara langkah kesiapsiagaan kementerian dan jaminan memastikan pengajian pelajar tidak terjejas, termasuk mereka yang baru mendapat tawaran untuk
00:26melanjutkan pengajian ke negara-negara terbabit.
00:28Katanya sekiranya berlaku, ruang akan diberikan kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran IPT di Malaysia yang bersesuaian dengan keputusan, kursus dan
00:38latar belakang pendidikan.
00:40Kursus yang boleh dipindahkan kredit berdasarkan garis panduan agensi kelaikan Malaysia atau MQA supaya pelajar dapat meneruskan pengajian tanpa perlu
00:49mengulang sepenuhnya.
00:51Beliau berkata, langkah membawa pulang pelajar dan menempatkan mereka di universiti tempatan bukan perkara yang baru,
00:57sebaliknya ia pernah dilaksanakan, termasuk ketika konflik Iran-Irak serta melibatkan pelajar Malaysia di Kuwait.
01:04Terima kasih.
Comments

Recommended