00:00Kerajaan perlu mempertimbangkan pengecualian khas kuota 300 liter petrol R15 sebulan kepada pengamal media yang berdaftar.
00:08Hasrat itu disuruhkan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Gabungan Kelab Media Malaysia, GKMM,
00:14bersama 14 persatuan dan kelab media lain yang mewakili wartawan, juru video dan juru gambar seluruh Malaysia.
00:22Menurut GKMM, langkah itu penting bagi melancarkan tugas liputan di lapangan,
00:27khususnya melibatkan perjalanan jarak jauh dan pergerakan berulang setiap hari
00:31selain membantu mengurangkan beban kos operasi pengamal media ketika berdepan situasi kenaikan kos yang mencabar.
00:38GKMM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memahami sepenuhnya cabaran krisis tenaga global yang masih berlarutan
00:44akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat, serta menyambut baik usaha kerajaan meneruskan subsidi bersasar kepada rakyat Malaysia.
00:51Bagaimanapun, GKMM memaklumkan pengurangan kuota RON 95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan
00:58mula memberi cabaran besar kepada pengamal media, khususnya mereka yang bertugas di negeri-negeri dan kawasan luar bandar.
01:06GKMM menerima pelbagai aduan dan keluhan daripada pengamal media yang perlu menempuh jarak perjalanan jauh
01:12serta berulang-alik ke lokasi liputan setiap hari menyebabkan kuota 200 liter yang diperuntukkan habis lebih awal sebelum tamat tempoh
01:21bulanan.
01:22Sehubungan itu, GKMM dengan penuh hormat berharap agar kerajaan menimbang untuk mengekalkan atau mengembalikan kuota khas 300 liter RON 95
01:29kepada pengamal media berdaftar
01:31sebagai pengiktirafan terhadap peranan penting media dalam menyalurkan maklumat tepat, sahih dan pantas kepada rakyat.
01:37GKMM yakin pendekatan lebih bersasa dan inklusif ini selari dengan prinsip rakyat disantuni
01:43selain memastikan fungsi media sebagai rakan strategik kerajaan dan masyarakat dapat terus digerakkan dengan berkesan.
Comments