00:00Inflasi Malaysia yang diukur menerusi Indeks Harga Pengguna atau IHP meningkat 1.7% pada Mac 2026, kata Jabatan Perangkaan
00:11Malaysia.
00:12Ini lebih tinggi daripada kadar 1.4% pada bulan sebelumnya dan adalah bacaan tertinggi dalam tempoh 14 bulan, iaitu
00:20sejak Januari 2025.
00:22Ketua Perangkaan Malaysia Datuk Seri Uzir Mahidin berkata, inflasi Malaysia pada Mac tahun ini didorong terutamanya oleh peningkatan kumpulan pengangkutan
00:31kepada 1.6% daripada negatif 0.7% pada Februari.
00:37Bagaimanapun katanya kumpulan pendidikan 2.5%, makanan dan minuman 1.1% serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0
00:48.1% menyederhana berbanding bulan sebelumnya.
00:52Manakala kumpulan pakaian dan kasut mencatatkan penurunan marginal pada 0.1% pada Mac berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
01:01Krisis tenaga global yang bermula pada 28 Februari 2026 telah berlarutan sehingga kini dan melonjakkan harga minyak mentah global lebih
01:0940% sehingga melepasi 100 dolar Amerika setung sekaligus meningkatkan risiko gangguan bekalan minyak di peringkat dunia.
Comments