Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kerajaan Selangor memperuntukkan RM50 juta bagi memperkasa Gudang Makanan Selangor (GMS) sebagai benteng awal menghadapi gangguan bekalan import.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu memastikan stok beras dan protein mencukupi sekali gus mengekang lonjakan harga akibat tekanan inflasi.
Transcript
00:00Seterusnya, untuk meningkatkan stok bekalan makanan, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM50 juta untuk gudang makanan Selangor
00:08iaitu RM25 juta daripada sumber keuangan negeri dan RM25 juta daripada simpanan ataupun reserve perbadanan kemajuan pertanian Selangor
00:19Langkah ini bertujuan supaya sekiranya berlaku sebarang kekurangan import makanan
00:23Selangor dapat mengaktifkan GMS ataupun gudang makanan Selangor yang mempunyai stok seperti beras dan protein
00:32agar harga barangan mentah tidak melonjak terlalu tinggi akibat daripada tekanan inflasi
Comments

Recommended