Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Malaysia dan Singapura memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga, khususnya tenaga boleh baharu, bagi meningkatkan daya tahan dan kelestarian tenaga serantau. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerjasama ini penting bagi menangani cabaran rantaian bekalan global dan memajukan Grid Kuasa ASEAN.
Transcript
00:00Malaysia dan Singapura memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam sektor tenaga boleh baharu bagi meningkatkan daya tahan dan kelestarian tenaga serantau.
00:09Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadila Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata,
00:15perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Menteri Tenaga Manusia merangkap menteri yang bertanggungjawab bagi tenaga Singapura Tan Si Ling di
00:23Menara Petra semalam.
00:25Menurut Fadila, perbincangan turut menyentuh berkaitan dengan kesan krisis di Asia Barat terhadap rantaian bekalan tenaga global serta cabaran yang
00:33dihadapi negara-negara ASEAN dalam memastikan bekalan tenaga yang stabil dan mampan.
00:39Beliau menambah, Si Ling turut mengintiraf usaha Malaysia dalam memperkukuhkan keselamatan tenaga serantau menerusi inisiatif grid kuasa ASEAN, ASEAN Power
00:48Grid APG.
00:49Kerjaan APG memerlukan komitmen bersama semua negara ASEAN khususnya dalam memperluaskan perdagangan tenaga rentas padan dan mempercepatkan penggunaan tenaga boleh
00:59baharu.
01:00Fadila turut menekankan kepentingan komitmen kolektif negara-negara ASEAN bagi menjayakan agenda tersebut demi masa depan tenaga yang lebih terjamin
01:09dan berdaya tahan di Asia Tenggara.
01:11Kerjasama serantau dan komitmen bersama negara ASEAN ini dilihat penting demi memastikan masa depan tenaga ASEAN Tenggara lebih mampan dan
01:20terjamin.
01:20Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended