Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) mendedahkan konvoinya yang membawa anggota pengaman tentera dan awam dari Beirut ke Naqoura telah ditahan tentera Israel pada Selasa, hanya beberapa kilometer dari destinasi. UNIFIL menyifatkan kejadian itu sebagai sebahagian daripada sekatan berulang yang menjejaskan kebebasan pergerakan, penghantaran bekalan kritikal serta operasi pemantauan di sepanjang Garisan Biru.
Transcript
00:00Pasukan interim pertubuhan bangsa-bangsa bersatu di Lubnan Unifield memaklumkan konvoinya telah dihentikan oleh tentera rejim Israel pada selasa.
00:09Unifield dalam satu kenyataan memaklumkan konvoi tersebut membawa anggota pengaman tentera dan orang awam serta kontraktor dari Beirut ke ibu
00:18pejabatnya di Nakora telah ditahan hanya beberapa kilometer daripada lokasi destinasi.
00:25Tambah agensi itu, kenderaan yang ditandakan dengan lambang pertubuhan bangsa-bangsa bersatu kemudiannya dibenarkan meneruskan perjalanan.
00:33Walaubagaimanapun, kontraktor tempatan diarahkan pulang ke Beirut di bawah pengaturan keselamatan meskipun penyelarasan awal telah dibuat termasuk penglibatan mereka.
00:42Menurut Unifield, insiden tersebut bukanlah kejadian terpencil kerana sekatan serupa termasuk sekatan fizikal di jalan raya
00:49atau pembatalan kebenaran yang telah diberikan sebelum ini telah menjejaskan pergerakan anggota pengaman serta kaki tangan penting yang menyokong operasi
00:57mereka.
00:58Tambahnya, tindakan berkenaan sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap penghantaran bekalan kritikal secara tepat pada masanya kekedudukan pasukan itu termasuk bekalan makanan,
01:08bahan api dan air khususnya di sepanjang garisan biru.
01:11Dalam pada itu, pasukan pengaman tersebut turut memaklumkan walaupun cabaran sedemikian setakat ini masih dapat ditangani sekatan pergerakan yang berterusan
01:20berisiko menjejaskan operasi Unifield.
01:23Menurutnya, ini termasuk keupayaan anggota pengaman melaporkan sebarang pelanggaran Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
01:32Sebungan itu, Unifield mengulangi gesaannya supaya tentera rejim berkenaan menghormati pengaturan yang telah dipersetujui, memastikan keselamatan anggota pengaman serta menjamin
01:43kebebasan pergerakan semua rondaan dan konvoi logistik di bawah mandatnya.
Comments

Recommended