Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Presiden FIFA, Gianni Infantino, menyuarakan keyakinan bahawa Iran akan menyertai Piala Dunia musim panas ini meskipun berdepan konflik berterusan. Kenyataan itu dibuat susulan kesediaan pemain untuk beraksi, walaupun wujud ketidaktentuan melibatkan isu keselamatan dan pendirian kerajaan Iran.
Transcript
00:00Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa Fifa Gianni Infantino pada Rabu menyatakan keyakinan Iran akan menyertai Piala Dunia 2026 yang akan
00:09berlangsung musim panas ini.
00:11Menurut Infantino, pasukan tersebut telah menunjukkan kesediaan untuk beraksi walaupun berdepan dengan konflik berterusan pada ketika ini.
00:20Ujar beliau, Iran perlu menyertai kejohanan tersebut kerana pasukan itu mewakili rakyatnya selain telah layak secara merit dan para pemain
00:28turut menyatakan hasrat untuk beraksi.
00:31Selain itu, lawatan terbaru ke kem latihan pasukan Iran di Antalya Selatan Turki menunjukkan pemain-pemain pasukan kebangsaan Iran bertekad
00:39untuk menyertai kejohanan itu.
00:40Tegas Infantino, sukan seharusnya berada di luar pengaruh politik meskipun mengaku situasi semasa telah mencabar buat pasukan kebangsaan Iran itu.
00:49Sebelum ini, Iran telah mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia yang dijadual bermula pada 11 Jun di Amerika Syarikat, Kanada dan
00:55Meksiko.
00:56Pasukan itu dijadual menentang New Zealand dan Belgium di Los Angeles masing-masing pada 15 dan 21 Jun sebelum berdepan
01:03Mesir di Seattle pada 26 Jun.
01:06Bagaimanapun, permohonan Iran untuk memindahkan pelawanan mereka ke Meksiko, salah satu negara tuan rumah, telah ditolak oleh FIFA.
01:14Ketidakpastian terhadap penyertaan Iran ke Calcutta apabila Menteri Sukan Negara itu sebelum ini menyatakan Iran tidak akan menyertai kejohanan tersebut
01:21dalam apa jua keadaan.
01:23Kenyataan tersebut dibuat sesulan pembunuhan pemimpin tertinggi ketika itu, Ali Khamini, dalam serangan Amerika dan Israel pada 28 Februari.
01:31Namun, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pula pada Mac berkata pasukan Iran dialu-alukan ke Piala Dunia namun berpendapat penyertaan
01:39itu mungkin tidak sesuai demi keselamatan dan nyawa pemain.
01:43Mengulas lanjut, Infantino menyatakan harapan agar keadaan akan kembali aman menjelang kick-off kejohanan Piala Dunia tersebut.
01:50Terima kasih.
01:51Terima kasih.
01:52Terima kasih.
Comments

Recommended