Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah menyalurkan 171 tan bantuan asas kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Iran, termasuk bekalan keperluan harian, janakuasa dan pam air, bagi memenuhi keperluan puluhan ribu penduduk yang terjejas konflik. Penghantaran itu merupakan bantuan rentas sempadan terawal disalurkan sejak enam minggu lalu.
Transcript
00:00Jawatan Kuasa Antarabangsa Palang Merah ICRC mengesahkan telah menyalurkan 171 tan barangan bantuan asas kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Iran
00:11IRCS dengan penghantaran awal melibatkan lima trak.
00:15Menurut agensi berita terpatan, penghantaran itu merupakan kumpulan pertama bantuan ICRC ke Iran sejak pencerobohan AS dan Israel selain menjadi
00:24antara bantuan kemanusia rentas padan terawal yang disalurkan dalam tempoh enam minggu lalu.
00:31Secara keseluruhan, 14 trak bantuan dihantar dari gudang ICRC di Jordan bagi memenuhi keperluan hampir 25,000 penduduk di Iran.
00:40Difahamkan barangan bantuan tersebut merangkumi selimut, bekas simpanan air, peralatan memasak, kanvas kalis hujan, kit kebersihan, lampu solar, baldi serta
00:51tilam.
00:51Selain itu, lima trak pertama telah diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Iran untuk tujuan pengagihan, manakala baki sembilan trak
00:59dijadual diserahkan menjelang hujung minggu ini.
01:02ICRC turut menyumbangkan 200 unit jana kuasa elektrik dan 100 pump air yang diperolehi dari pasaran tempatan Iran kepada IRCS.
01:11Dalam pada itu, ICRC turut memaklumkan pihaknya sedang membuat persiapan untuk menghantar lebih banyak bekalan perubatan serta bantuan penting lain
01:19dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
01:21Menurutnya, ini selaras usaha meningkatkan sokongan terhadap tindak balas kemanusiaan oleh IRCS.
01:28Ketua delegasi ICRC di Iran, Vincent Kassart berkata keperluan kemanusiaan masih berada pada tahap tinggi di seluruh negara sambil menyatakan
01:37harapan agar penghantaran bantuan itu dapat memberikan sedikit kelegaan kepada komuniti yang terjejas akibat konflik.
01:45Tegasnya komitmen berterusan ICRC untuk memperluas sokongan dalam beberapa minggu mendatang serta terus mendukung usaha kemanusiaan IRCS yang disifatkan sebagai
01:55luar biasa khususnya dalam keadaan mencabar.
Comments

Recommended