00:00Seorang individu akan didakwa di Mahkamah Session Sepang berhubung kes penyebaran berita palsu berkait kenaikan harga bahan api susulan konflik
00:09di Asia Barat, manakala lima lagi dikenakan kompaun.
00:12Menurut Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fazil, keputusan mendakwa individu itu dibuat oleh Jabatan Peguam Negara selepas meneliti 12 kertas siasatan
00:22yang dikemukakan oleh Suruan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC dengan 4 kes lagi diberikan surat amaran.
00:31Beliau berkata maklumat lanjut berhubung tindakan itu akan diumum oleh MCMC dalam masa terdekat.
00:37Jelasnya sejak 29 Mac hingga hari ini, MCMC telah mengesan sebanyak 441 kandungan yang dikenalpasti menyebarkan berita palsu dan kesemuanya
00:47sedang dalam proses untuk diturunkan.
00:49Sebagian besar kandungan ini melibatkan dawaan tidak benar berkaitan isu krisis tenaga global termasuk maklumat palsu mengenai kenaikan harga bahan
00:57api seperti diesel, ron-15 dan ron-17.
01:00Beliau berkata antaranya dawaan kononnya kerajaan Malaysia membayar tol kepada Iran untuk melepaskan kapal yang menyumbang sebanyak 147 kandungan palsu
01:09walaupun perkara itu telah dinafikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan.
01:14Dalam pada itu, FAMI melahirkan kebimbangan terhadap taktik pihak tidak bertanggungjawab yang meniru gaya dan format laporan media arus perdana
01:21bagi mengelirukan orang ramai.
01:23Antara yang dikesan ialah penggunaan logo dan format media seperti sinar harian dan awani sehingga kandungan tersebut dilihat seolah-olah
01:31laporan rasmi.
Comments