Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
KPDN Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap pengurusan stesen minyak di R&R Juru arah utara susulan dakwaan enggan menjual diesel kepada pemandu lori. Pemeriksaan mendapati stok diesel masih ada, namun pembekalan berkurangan. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap sebuah stesen minyak di Pusat Rehat dan
00:08Rawat RNR Juru Arak Utara yang didakwa enggan menjual diesel kepada pemandu lori.
00:14Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jagan berkata, tindakan segera diambil selepas pihaknya menerima aduan awam dengan sepasukan lima pegawai penguatkuasa
00:24digerakkan ke lokasi sekitar jam 8 malam semalam.
00:29Dalam satu kenyataan, bila maklumkan hasil pemeriksaan fizikal serta semakan dokumen dan rekod mendapati, bekalan diesel masih ada di stesen
00:38berkenaan.
00:39Siasatan lanjut mendapati pembekalan diesel B10 daripada depoh ke stesen tersebut berkurangan kira-kira 50% sejak isnin lalu.
00:47Susulan itu, pengurusan stesen mengutamakan penjualan kepada pelanggan tetap, manakala pelanggan lain dihadkan pembelian kepada 20 liter sahaja.
00:55Jagan berkata, satu notis telah diserahkan kepada pengurusan stesen minyak berkenaan dan kes diselesaikan di bawah Seksyen 16A-1-B
01:04Akta Kawalan Bekalan 1961.
01:07Beliau menegaskan, KPDN Pulau Pinang akan terus mempergiadkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang dan melindungi hak pengguna daripada
01:15sebarang penyelewengan di pasaran.
01:17Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan boleh diberikan melalui saluran rasmi portal eaduankpdn.gov.my
01:26Sebelum itu, dua rakaman video tular menghaparkan seorang pemandu lori mendakwa tidak dibenarkan mengisi diesel di stesen minyak berkenaan atas
01:34alasan kekurangan bekalan.
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended