Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Perang saudara Sudan kini memasuki tahun keempat dengan jutaan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman dan lebih 33 juta memerlukan bantuan kemanusiaan. Konflik berlarutan antara SAF dan RSF mencetus perpecahan politik, kebuntuan ketenteraan dan penderitaan orang awam pada skala besar.
Transcript
00:00Perang saudara di Sudan kini memasuki tahun keempat sekaligus meningkatkan perpecahan politik dan mewujudkan krisis kemanusiaan antara paling teruk di
00:10dunia tanpa sebarang tanda penyelesaian atau perjanjian damai yang jelas.
00:15Konflik berlarutan itu telah mengorbankan puluhan ribu nyawa dan memaksa jutaan rakyat Sudan meninggalkan kediaman masing-masing sama ada di
00:24dalam negara atau merentasi sempadan serantau.
00:29Pertempuran antara Angkatan Bersenjata Sudan SAF dan Pasukan Separat Tentera Rapid Support Forces RSF tercetus pada April 2023.
00:39Ia sesulan ketegangan berbulan-bulan antara ketua SAF merangkap pengerusi Majlis Pemerintahan Sudan Abdel Fattah Al-Burhan dan bekas timbalannya
00:48yang kini menguasai RSF Mohamad Hamdan Degalo.
00:52Menurut data kemanusiaan terkini, kira-kira 14 juta orang telah dipindahkan dengan 9 juta kehilangan tempat tinggal di dalam Sudan
01:00manakala 4.4 juta lagi melarikan diri ke negara jiran.
01:05Ini bermakna seorang daripada setiap empat rakyat Sudan kini menjadi pelarian.
01:10Sejak tahun 2025, pertempuran antara SAF dan RSF kekal buntu. Ketika ini, SAF kekal menguasai wilayah timur, utara dan tengah
01:21Sudan.
01:22Manakala RSF dan sekutunya mengawal sebahagian besar wilayah barat dan selatan tengah meliputi kira-kira 40% kawasan negara.
01:30Selain pemisahan wilayah, Sudan turut berdepan pepecahan kuasa politik selepas RSF mengisytiharkan penubuhan kerajaan selari pada Julai tahun lalu,
01:40langkah yang dikejam kerajaan pusat sebagai tidak sah sekaligus menjadikan Sudan memiliki dua kerajaan bersaing.
01:48Perang saudara ini telah menyebabkan infrastruktur rosak, perkhidmatan awam lumpuh dan kehidupan orang awam semakin terdesak.
01:55PBB menjangkakan lebih 33 juta penduduk Sudan memerlukan bantuan kemanusiaan menurut data pada 2026 menjadikan krisis ini yang paling besar
02:06dan terabai di dunia.
Comments

Recommended