Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, mendakwa sikap “maksimalis” dan perubahan tuntutan oleh Amerika Syarikat menjadi punca kegagalan memuktamadkan perjanjian yang hampir dicapai dalam rundingan peringkat tinggi di Islamabad, awal pagi Isnin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik kita beralih ke konflik di Asia Barat di mana Menteri Luar Iran Abbas Arakshi mendakwa sikap maksimalis dan perubahan
00:06tuntutan oleh AS menjadi punca kegagalan memuktamakan perjanjian yang hampir dicapai dalam rundingan peringkat tertinggi di Islamabad awal pagi Isnin.
00:16Menurut beliau, rundingan yang berlangsung pada Sabtu itu di Pakistan bertujuan menamatkan konflik selama enam minggu namun menemui jalan buntu
00:24ketika kedua-dua pihak berada di ambang mencapai kata sepakat.
00:31Perbincangan tersebut turut mencatat sejarah sebagai rundingan langsung pertama antara Washington dan Iran dalam tempoh lebih sedekat selain menjadi dialog
00:38peringkat tertinggi sejak revolusi Islam Iran 1979.
00:43Rundingan itu berlangsung ketika Presiden AS Donald Trump mengumumkan bahawa tenteranya telah memulakan usaha untuk membersihkan laluan strategik di Selah
00:51Hormuz yang merupakan saluran kritikal bagi perhantaran minyak dunia.
00:55Kata Abbas, rundingan intensif peringkat tertinggi dalam tempoh 47 tahun, Iran berunding dengan Amerika Syarikat dengan niat baik untuk menamatkan
01:03perang.
01:03Namun jelasnya, ketika hanya selangkah lagi untuk mencapai memorandum persefahaman Islamabad, Iran berdepan tuntutan melampau, perubahan syarat dan sekatan.
01:12Sementara itu, Speaker Parlimen Iran Mohd Bakir Khalibaf berkata delegasi Teheran telah mengemukakan inisiatif berpandangan jauh sepanjang rundingan tersebut.
01:21Bagandapun, beliau mengkritik Amerika Syarikat kerana gagal membina kepercayaan sepanjang proses perbincangan itu.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended