Skip to playerSkip to main content
Garing di luar, lembut di dalam dengan imbangan rasa pedas, manis dan masin yang sempurna. Letak kentang goreng banyak-banyak, makan pula dengan nasi panas & telur dadar. Allahu, nikmat!

SARDIN KICAP PEDAS

Bahan-bahan:

1 tin sardin | asingkan kuah
2 biji kentang | digoreng
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
1 ½ sudu kicap masin
Kuah sardin
3 kiub kecil gula melaka
¼ cawan air | tambah jika mahu lebih berkuah
½ biji hirisan bawang holland
Daun sup | optional
1 sudu besar tepung gandum

Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 biji cili besar

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #sardinkicappedas #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Asyik masuk sadin biasa je kan?
00:02Hari ni jom kita update sadin kita jadi sadin kecap pedas yang confirm buat nasi bertambah.
00:06Mula-mula, kita kisah kasar bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili merah.
00:12Next, kita goreng dulu kentang sampai keperangan.
00:15Saya potong ala wedges, kalau anda nak potong bentuk layu pun boleh.
00:19Kemudian boleh angkat dan ketepikan.
00:22Seterusnya, kita taburkan tepung gandum di dalam minyak dan masukkan ikan sadin.
00:26Kuah tu kita asingkan.
00:28Tepung gandum ni function dia tak bagi ikan meletup masa menggoreng.
00:31Kulit pun jadi lebih garing.
00:33Bila dah masak, boleh angkat dan tuskan.
00:36Kita tumis bahan kisah sampai pecah minyak dan naik bau.
00:39Kemudian bolehlah masukkan sos tiram, sos cili dan kicap masin.
00:43Gaul-gaul-gaul bagi sebati.
00:48Masukkan kuah sadin untuk rasa original sadin dalam hidangan kita.
00:52Lepas tu, masukkan gula melaka.
00:55Tambahkan sedikit air kalau nak lebih kuah.
00:57Akhir sekali, masukkan ikan sadin, kentang dan hirisan bawang holland.
01:02Kacau-kacau manja je supaya ikan kita tak hancur.
01:08Jangan lupa tambahkan garam sebagai pelengkap rasa.
01:12Taburkan daun sup untuk bau yang segar.
01:15Ok, dah siap kecap sadin pedas kita.
01:17Makan dengan nasi panas memang terangkat.
01:19Jangan lupa tonton live kami setiap sasa dan kami sejam 11 pagi.
01:23Selamat mencuba.
01:24Ingat makan, ingat rasa.
Comments

Recommended