00:00Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki warga asing yang maut ditikam di sebuah tapak pembinaan
00:07di belakang bilik pameran kenderaan di Iramanis di Kota Kinabalu pada awal pagi Rabu.
00:12Memangku kata polis daerah Kota Kinabalu, Superintenden Said Lot Said E.B. Rahman berkata pihak yang menerima maklumat mengenai kejadian
00:18tersebut pada jam 1.40 pagi sebelum laporan polis dibuat pada jam 2.23 pagi.
00:24Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 34 tahun itu dipercayai telah keluar bersama suspek pada sebelah pagi untuk
00:33minum di kawasan penampang.
00:35Kedua-dua mereka kemudiannya pulang ke rumah kongsi berkenaan kira-kira 11 malam sebelum berlaku pertekaran yang dipercayai berpunca daripada
00:43salah faham ketika mereka sedang mabuk.
00:46Said Lot berkata mangsa dipercayai telah memukul suspek menggunakan sebatang kayu sebelum suspek bertindak balas dengan menikam mangsa sebanyak 4
00:55kali menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.
00:58Beliau berkata suspek dipercayai melarikan diri manakala mayat mangsa ditemukan di dalam sebuah lubang pembentung berhampiran lokasi kejadian.
01:07Katanya pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Sabah telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke
01:15Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat.
01:21Said Lot berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh dan usaha mengesan serta menangkap suspek
01:29termasuk merampas senjata digunakan sedang giat dijalankan.
01:33Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat ASP Syed Abdul
01:41Rahman Syed Mohsin di talian 012-310-6882 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Comments