Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Reformasi pendidikan memerlukan keberanian kepimpinan serta sokongan kepakaran yang mampu memberi pandangan kritikal dalam merangka dasar, termasuk menilai semula hala tuju dan falsafah pendidikan negara.
Transcript
00:00Sistem pendidikan negara perlu melalui reformasi menyeluruh dan bukan sekadar penambahbaikan bersifat reaktif.
00:06Pensyarah kanan dan pendidik bidang Sosiologi Pendidikan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Dr. Anwar Ahmad berkata,
00:13penekatan semasa dilihat lebih tertumpu kepada tindakan operasi berbanding perubahan struktur secara asas.
00:22Menerusi satu kemas kini di media sosial, beliau berkata keadaan itu menyebabkan isu utama pendidikan seperti pengangguran belia, jurang pencapaian
00:31pelajar,
00:32budaya berorientasikan peperiksaan serta masalah disiplin mungkin terus berulang sekiranya tiada perubahan dasar yang lebih menyeluruh.
00:40Menurut Dr. Anwar, reformasi pendidikan memerlukan keberanian kepimpinan serta sokongan kepakaran yang mampu memberi pandangan kritikal dalam merangka dasar,
00:49termasuk nilai semula hala tuju dan falsafah pendidikan negara.
00:53Beliau turut menekankan keperluan kewujudan kerjasama lebih bersruktur antara kerajaan, industri dan komuniti
00:59selain memperkukuh autonomi institusi pendidikan bagi meningkatkan keberkesanan sistem.
01:05Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mempenguruskan Majlis Pendidikan Negara
01:10sebagai antara usaha memperkukuh hala tuju pendidikan negara di bawah agenda Malaysia Madani.
Comments

Recommended