Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Dana AFCP disalurkan kepada UMK bagi projek pemeliharaan Tugu Negara, dijangka bermula tahun depan.
Transcript
00:00Amerika Syarikat akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi projek pemulihan Tugu Negara sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia tahun depan.
00:09Insentif tersebut akan disalurkan kepada Universiti Malaysia Kelantan UMK menerusi dana duta bagi pemeliharaan warisan budaya atau Ambassador's Fund for
00:18Cultural Preservation, AFCP.
00:22Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat ke Malaysia David H. Gamble Jr. berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen Amerika Syarikat dalam memelihara
00:31warisan budaya yang mempunyai nilai sejarah kepada hubungan kedua-dua negara.
00:50You know, given the striking similarities and how these two monuments bind our countries together, you know, we went back
00:58a few months ago and we were able to get permission to get the RM1 million to give to Malaysia
01:04on behalf of the American people, you know, so that the Tugu Negara is ready for your big anniversary next
01:12year.
01:14Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Freedom 250 Reception Celebrating 250 Years of American Independence di Ibu Negara pada Khamis.
01:24Untuk rekod dana AFCP bertujuan membekalkan sumber kepada pasukan pemeliharaan UMK bagi kerja restorasi monumen berkenaan ekoran insiden pengeboman pada
01:34tahun 1975.
01:37Setakat ini perkara itu telah dimaklumkan kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia dan pihak Kedutaan sedang berhubung rapat dengan Kementerian Pelancongan,
01:45Seni dan Budaya.
Comments

Recommended