Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Timbalan Jurucakap Kerajaan, Lalida Persvivatana berkata kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Anutin Charnvirakul mengarahkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) supaya bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkukuh langkah pencegahan serta mengelakkan kejadian sama daripada berulang.
Transcript
00:00Thailand berketat langkah keselamatan penerbangan dan saringan terhadap kru syarikat penerbangan.
00:06Tindakan itu dilakukan selepas penahanan seorang warga Thailand di Australia berhubung dawaan menyeludup dadah.
00:14Timbalan Jurucakap Kerajaan Lalida Pers Viva Tana berkata,
00:18kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Anuntin Chavirakul mengarahkan pihak berkuasa penerbangan awam Thailand, CAAT,
00:25supaya bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memperkukuh langkah pencegahan serta mengelakkan kejadian sama berulang.
00:33Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau berkata kru terbabit bertugas mengedalikan penerbangan dari Thailand ke Melbourne pada 25 Jun apabila
00:41pihak berkuasa Australia
00:43menjumpai dadah yang disembunyikan di dalam bagasinya semasa pemeriksaan sejurus tiba.
00:49Kru itu kini berdepan proseding undang-undang di Australia.
00:52Tegas Lalida, kes itu membabitkan dawaan salah laku individu dan tidak mencerminkan industri penerbangan Thailand.
01:00Katanya kru syarikat penerbangan tertakluk kepada piawaian saringan keselamatan antarabangsa yang sama seperti penumpang
01:07walaupun mereka menggunakan laluan khas bagi memudahkan tugas.
01:10Bagi memperketat kawalan, beliau berkata CAAT telah diarahkan bekerjasama dengan Airports of Thailand PLC AOT, syarikat penerbangan jabatan kustom dan
01:21agensi anti-narkotik.
01:23Ia termasuk pemeriksaan lebih ketat terhadap kru yang membawa barangan bagi pihak orang lain,
01:28mempertingkat perkongsian risikan serta memperkukuh penyelarasan antara agensi bagi meningkatkan keupayaan mengesan risiko.
01:36Pada selasa, media melaporkan seorang kru wanita berusia 26 tahun ditahan selepas satu kilogram heroin dijumpai disembunyikan
01:45di dalam bagasinya sebaik tiba di lapangan terbang Melbourne pada Khamis lalu.
01:50Menurut polis Persekutuan Australia, suspek membawa 12 beg jinjing dengan heroin itu disembunyikan pada lapisan dalam beg berkenaan.
Comments

Recommended