Skip to playerSkip to main content
  • 5 days ago
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua pihak untuk mengenal pasti dan membangunkan tanah terbiar secara produktif bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi serta memperkukuh sekuriti makanan.

Transcript
00:00Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Re'ayatuddin Al-Mustafa Bilashah menyeru semua pihak untuk mengenalpasti dan membangunkan tanah terbiar secara
00:07produktif
00:07bagi merancangkan pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh sekuriti makanan.
00:11Baginda bertitah, usaha itu perlu melibatkan tanah milik persendirian dan tanah kerajaan
00:16dengan keutamaan diberikan kepada sektor yang berpotensi menjana hasil
00:20selain memberi manfaat kepada rakyat seperti perusahaan kelapa sawit, getah, kelapa padi, buah-buahan serta tanaman bernilai tinggi.
00:30Titah Baginda, negeri Pahang mempunyai keluasan kira-kira 3.6 juta hektare tanah
00:35namun malangnya jika sebahagian besar tanah di negeri Pahang ini tidak diusahakan.
00:41Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan berangkat ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri
00:46bagi mendengar taklimat berkaitan pengurusan dan pembangunan tanah di Pahang.
00:51Dalam pada itu, Baginda bertitah pemberian hak milik tanah hanya akan memberi manfaat
00:55sekiranya pemilik memajukan tanah berkenaan dan memenuhi segala tanggungjawab
01:00termasuk melunaskan cukai yang berkaitan.
01:03Titah Baginda, kajian perlu dilakukan supaya penyelesaian yang dilaksanakan
01:07memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu kerajaan negeri dan rakyat
01:11dan setiap inci tanah yang dimiliki mempunyai potensi untuk diusahakan.
01:16Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended