Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
MITI yakin pembangunan industri hiliran, kawasan industri strategik dan latihan kemahiran mampu menarik lebih banyak pelaburan ke Sabah dan Sarawak.
Transcript
00:00Kerajaan yakin Sabah dan Sarawak akan terus kekal sebagai destinasi pelaburan berdaya saing menerusi pembangunan industri hiliran berasaskan sumber asli
00:08dan pengukuhan kawasan industri strategik.
00:11Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri atau MITI, usaha tersebut dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan menyokong pembangunan
00:18ekonomi yang lebih inklusif.
00:22Menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman Sesawang Parlimen, MITI berkata melalui agensinya Lembaga Perbangunan Pelaburan Malaysia,
00:30pelbagai usaha terus dilaksanakan bagi menggalakkan pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik berkualiti tinggi ke Sabah dan Sarawak, khususnya dalam
00:38industri berasaskan sumber asli.
00:40Antara sektor yang diberi tumpuan ialah aktiviti hiliran berasaskan sumber tempatan seperti minyak dan gas, produk logam asas, petrokimia, pemprosesan
00:49makanan, produk kayu, produk sawit hiliran, bio jisim dan tenaga boleh berharu.
00:54Menurut MITI, di Sabah, kawasan strategik termasuk Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang, kluster industri minyak sawit, lahat datu dan
01:02POIC sandakan terus diperkasakan bagi menyokong pembangunan industri hiliran berasaskan komoditi tempatan.
01:08Sementara itu, di Sarawak, pembangunan Taman Perindustrian Sama Laju serta koridor tenaga boleh berharu Sarawak terus menjadi pemangkin kepada pelaburan
01:16dalam industri logam, bahan termaju, tenaga dan petrokimia.
01:20MITI turut memaklumkan bahawa pihaknya bersama Maida bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi, institusi TVED, kerajaan negeri dan pihak industri bagi
01:28menyediakan latihan serta program peningkatan kemahiran yang memenuhi keperluan industri semasa.
01:32Langkah berkenaan bertujuan memastikan beli tempatan memperoleh akses kepada pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan lebih baik sekaligus mengurangkan penghijrahan ke
01:42bandar.
Comments

Recommended